Thursday, October 22, 2009

Periuk Nasi Ku



Semalam bos tanya, " Su dah berapa tahun perkhidmatan di UTHM, Su?", "Saya mula masuk tahun 1996 bermakna dah 13tahun Dato". Tak sangka gak dah jadik orang senior aku kat sini. Ingat dulu masa baru keluar dari Poly tahun 1993, mak kata kerja dekat-dekat je, kerani kilang pun takpe. Rasa tension gak, member-member semua kerja kat bandar besar. Tapi rasanya macam tak menyesal orang kata restu orang-orang tua ni memang bawa tuah kat kita. Kata SY I Follow. Tapi bila fikir-fikir sampai bila ya aku ni nak makan gaji. Adik aku pun dah korbankan kariernya untuk masuk ke dunia perniagaan nampaknya macam berjaya. Tapi aku rasa kena fikir berkali-kali peluang macam dah ada tapi confident je kot yang belum ada lagi ni. Walau bagaimanapun aku perlukan settelkan projek yang akan berakhir tahun ni InsyaAllah.

Monday, October 19, 2009

Seronoknya Kursus


Masa dapat surat untuk wajib hadir kursus mulai 16hb hingga 18hb Oktober, waduh lomah badan edin, kalau diikutkan hati memang tak nak pergi. Mana taknya 16hb tu rewang di rumah bos untuk open house rumah dia, petang baru gerak kenalah mohon simpati abang untuk hantar ke D'Village Melaka. Jadual penuh malam pertama sahaja dekat jam 1 pagi. Bertungkus-lumus tanpa mengenal siapa diri anda. Tapi selama 3 hari kursus tu rasanya menyesal kalau tak pergi. Penuh dengan LDK, maklumat kerohanian dan apa yang penting KERJASAMA itulah moto kumpulan Wonder Pets yang telah berjaya menjuarai keseluruhan markah yang telah dinilai sepanjang kursus. Selaku Ketua Kumpulan semestinya merasa bangga kerana semangat rakan-rakan di dalam gambar tu Yati (mak Yong), Didi, Nora (Mak Y0ng), kak ct (Ratu), Sue dan Ina telah memberikan komitmen yang padu dalam menjayakan segala bentuk aktiviti, LDK, nyanyian dan idea-idea untuk kami bergelar JUARA. Thank you to all my friends for your supportive. Anda HEBAT...

Monday, October 13, 2008

Berakhirnya suatu penantian...

27 Mei, 2000 merupakan tarikh pernikahan ku dengan suami. Tidak ku sangka dengan pertemuan yang begitu singkat dengan jejaka kg ku yang mana rumahnya tidak sampai 1 minit dari rumah ku itu merupakan jodoh dan suami ku kini. Seperti orang tua-tua zaman dahulu berkahwin dahulu barulah bercinta begitulah terjadi pada diriku memang untuk mengenali seseorang yang asing untuk menjadi suami kita memakan masa tetapi alhamdulilah perkahwinan kami bahagia hingga kini. Perkahwinan kami diduga setelah tahun demi tahun kami belum dikurniakan cahaya mata. Walaupun pelbagai usaha dilakukan tetapi Allah masih menguji kesabaran kami. Sehingga aku pasrah dah pada tahun 2007 setiap kali aku mendengar ada sahaja rakan atau kenalan yang hendak menunaikan umrah dan haji, aku sendiri mengadap mereka dan memohon mendoakan hajat ku untuk mendapat cahaya mata. Pada pertengahan bulan September 2007 , aku merasa kurang selesa dengan keadaan badan ku. Kalau diikutkan aku kerap bermain badminton dengan team badminton setiap hari Selasa atau Khamis, kebetulan lak bulan September 2007 merupakan bulan Ramadhan maka tiadalah aktiviti riadah pada bulan itu. Pada fikiran ku oleh kerana kurangnya aktiviti berpeluh maka mungkin kesihatan aku agak sikit terjejas tetapi aku merasakan mesti ada perkara lain yang membuatkan keadaan badan ku begitu maka aku pun saja-saja mencuba untuk melakukan pregnant test. Saja aku membeli 2 set untuk simpanan. Pada pagi keesokan hari suami ku pulak pegi kerja awal subuh, aku pun tidak memberitahu dia keadaan diri ku dan cubaan yang aku hendak lakukan. Alhamdulilah bila sahaja aku test 2 palang tertera pada pregnant test itu, tapi aku rasa macam tak percaya aku cuba lagi sekali untuk set yang lain dan keputusannya masih positif. Aku terlalu gembira dan oleh kerana jam masih pukul 6.30 pagi aku terus melakukan sujud syukur. Tetapi hati aku masih kurang yakin, selepas masuk kerja jam 9.00 pagi aku keluar sebentar ke kilinik . Aku memberitahu doktor situasi yang aku alami dan kali ini doktor pula melakukan ujian dan keputusannya masih positif,. Orang pertama yang aku call pada masa itu adalah ibuku betapa gembiranya dia dan tak lama kemudian adik-adikku pula menelefon mengucapkan tahniah. Aku masih lagi merahsiakan perkara ini daripada suami, aku call dia dan kata teringin nak makan KFC tapi dia kata dia balik malam kol 10.00 kebetulan lak KFC dibandar open 24 hours aku nak jugak makan KFC dia pun terkejut " hai macam ngidam je" katanya aku menafikannya sambil senyum. (Dia tak nampak pun) Aku menanti kepulangannya dengan penuh resah asyik tengok jam je, Tepat jam 10.00 abang pun balik dan aku pun memang dah bersiap-siap untuk ke bandar, sampai je di KFC seperti biasa aku order ayam kegemaranku OR. Dalam pada masa menjamah ayam tu aku terus menunjukkan keputusan ujian pregnant pada abang wah terkejutnya dia tapi dia kata dia memang dah rasa apabila aku kata nak pegi KFC kerana sepanjang perkahwinan kami aku tak pernah mendesak dia dan senyumanya meleret tak henti2 gembiranya suamiku hendak bergelar seorang ayah. Sepanjang aku mengandung Alhamdulilah tiada masalah yang kritikal biasalah check darah, gula dalam darah. tiap-tiap bulan. Walaupun aku bertugas di Tingkat 3, aku masih lagi aktif untuk menaiki tangga dan selalu pulang lewat kadang-kadang balik jam 7 ptg. Tiada mabuk2 dan takadalah malas-malas atau masalah2 yang dialami wanita ketika mengandung. Bila 5 bulan scan doktor kata aku mengandung baby boy, scan kat swasta pun baby boy sahlah baby boy. Segala persiapan baby adik2 dan ibuku yang siapkan dan kebanyakannya merekalah yang sponsor. Lebih2 lagi adik ku dah ada pengalaman anak 2. Terima kasihlah banyak2 pada mereka kalau tiada mereka tak tahulah bagaimana aku hendak menjalani kehidupan ini.

Sunday, October 12, 2008

Pentingkah Kita ?

Dalam kehidupan seharian kita pernahkah kita fikir wujudkah kita disisi semua orang. Di pejabat pentingkah kita pada organisasi ? Pada pandangan masyarakat pentingkah kehadiran kita terutamanya apabila majlis-majlis atau kenduri yang diadakah adakah kita dijadikan orang kuat pengendalian majlis ? Dikalangan keluarga pentingkah kita sehingga unutk membuat sesuatu keputusan perlunya kehadiran kita ? Dikalangan kawan-kawan pentingkah kita sehingga kehadiran atau ketidakhadiran kita disedari oleh kawan-kawan ? Walaubagaimana sekalipun status kita adalah sama di sisi Allah s.w.t, penting tidak penting soal ke dua yang penting amalan kita yang diterima oleh Allah

Bagaimana Menambat Hati Suami

Akhir-akhir ini banyak sangat cerita-cerita di kaca TV memaparkan kisah-kisah isteri yang menggunakan kaedah nasi kangkang untuk menundukan suami mereka agar menurut kehendak mereka. Mengapa di zaman yang semakin maju ini manusia masih lagi berfikiran kolot dan mencari jalan yang mudah tanpa memikirkan dosa besar yang dilakukannya itu. Berbalik semulalah kepada Islam sekiranya kita tahu akan tanggungjawab kita sebagai isteri mentaati suami dan menjadi penyeri kepada rumahtangga nescaya suami tidak akan berpaling pada orang lain. Pandai-pandailah membahagikan masa antara suami, anak-anak, kerjaya dan rumahtangga demi kebahagian yang berpanjangan selama-lamanya. Banyak-banyaklah berdoa kepada Allah serta ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab walaupun sama-sama bekerja mencari rezeki tanpa mengeluh akan kepenatan dan keperitan dalam mengharungi hidup berumahtangga.

Wednesday, October 8, 2008

Ayah dan Ibu

Ayah Dan Ibu
Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan Matahari
Ahai...Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati
Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...Bagilah tunjuk ajar dan Nasihat
Supaya hidup Supaya hidup kita akan selamat

Berbaktilah kepada Ayah dan Ibu semasa mereka masih hidup didunia ini