Sunday, October 12, 2008

Bagaimana Menambat Hati Suami

Akhir-akhir ini banyak sangat cerita-cerita di kaca TV memaparkan kisah-kisah isteri yang menggunakan kaedah nasi kangkang untuk menundukan suami mereka agar menurut kehendak mereka. Mengapa di zaman yang semakin maju ini manusia masih lagi berfikiran kolot dan mencari jalan yang mudah tanpa memikirkan dosa besar yang dilakukannya itu. Berbalik semulalah kepada Islam sekiranya kita tahu akan tanggungjawab kita sebagai isteri mentaati suami dan menjadi penyeri kepada rumahtangga nescaya suami tidak akan berpaling pada orang lain. Pandai-pandailah membahagikan masa antara suami, anak-anak, kerjaya dan rumahtangga demi kebahagian yang berpanjangan selama-lamanya. Banyak-banyaklah berdoa kepada Allah serta ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab walaupun sama-sama bekerja mencari rezeki tanpa mengeluh akan kepenatan dan keperitan dalam mengharungi hidup berumahtangga.

2 comments:

Unknown said...

Love is the thing that enables a woman to sing while she mops up the floor after her husband has walked across it in his barn boots...hehehe

aeila said...

That's sound that she is soooooo loyal to his husband baru-baru kahwin bolehlah dik after 5 years tengokjelah nanti mop dimana baldi kat mana